Friday, November 11, 2011

Orang suka.

Ada orang suka lama lama dipasar dan pasar-raya, tetapi tidak suka lama lama di masjid. Pada hal pasar dan pasar-raya ialah tempat yang Allah SWT benci, dan masjid ialah tempat yang Allah SWT suka. Wallahu aalam.

Friday, September 24, 2010

Mujahadah.


Bermujahadah dalam mengamalkan ilmu yang dipelajari sebelum disampaikan kepada orang lain untuk diamalkan.

Niat yang suci.


Wahai saudara-saudaraku, Allah tidak memandang pada harta yang kita miliki tetapi ia memandang pada niat yang suci.

Pernah orang bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah, tunjukkanlah padaku amal perbuatan yang mana bila aku amalkan akan masuk syurga."

Sabda Rasulullah SAW : "Jadilah kamu orang yang baik."
Orang itu bertanya lagi : "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh mengetahui bahawa aku ini telah berbuat baik?"

Sabda Rasulullah SAW :
"Tanyalah pada jiran tetanggamu, kalau mereka berkata kamu baik, maka baiklah kamu. Kalau mereka mengatakan kamu buruk, maka buruklah kamu."