
Wahai saudara-saudaraku, Allah tidak memandang pada harta yang kita miliki tetapi ia memandang pada niat yang suci.
Pernah   orang bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah, tunjukkanlah   padaku amal perbuatan yang mana bila aku amalkan akan masuk syurga."
Sabda Rasulullah SAW : "Jadilah kamu orang yang baik."
Orang itu bertanya lagi : "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh mengetahui bahawa aku ini telah berbuat baik?"
Sabda Rasulullah SAW :
"Tanyalah   pada jiran tetanggamu, kalau mereka berkata kamu baik, maka baiklah   kamu. Kalau mereka mengatakan kamu buruk, maka buruklah kamu."